Descriptions are announced in Malay language.
Tarikh Tutup
29 Februari 2016
A. PENGENALAN PROGRAM SKIM BIASISWA MyBrainSc SCHOLARSHIPS
Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.
Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
B. BIDANG PENGAJIAN
Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:
1) Ph.D;
Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;

- Fizik
- Biologi
- Kimia
- Matematik
Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:
1) Ph.D;
- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
- Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
- Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
- Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.
- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;
- Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
- Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
- Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
- Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.
- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
- Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/
Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level; - Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT; dan
- Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.
Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;
- Calon diberhentikan oleh pihak IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan
- Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran.
- Permohonan dibuka setahun sekali bermula pada 4 Januari 2016 hingga 29 Februari 2016
- Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui Portal KPT
- Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses
- Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD
- Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima
- Klik sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan.
- Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.
- Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawal / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
- Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
- Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
- Gambar berukuran passport
- Slip Keputusan SPM
- Transkrip penuh Asasi/Matrikulasi/STPM/IB/A-
level/Diploma/SAT - Surat Tawaran Universiti (jika ada)
- Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
- Gambar berukuran passport
- Slip Keputusan SPM
- Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
- Rancangan penyelidikan
- Surat Tawaran Universiti (jika ada)
- Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
- Gambar berukuran passport
- Slip Keputusan SPM
- Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
- Transkrip penuh Master
- Rancangan penyelidikan
- Surat Tawaran Universiti (jika ada)
- Ujian saringan bagi mengenalpasti kecenderungan dalam bidang sains tulen; dan
- Penilaian oleh panel penilai penemuduga yang dilantik; dan
- Pemilihan bersama dengan agensi penaja lain seperti JPA, MARA dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment